Pada 30 September 2026, Polyparts telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Jom Kitar Semula di Meet & Greet Room, Polyparts sebagai penghargaan kepada pekerja yang menyertai program 3R.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ms. Esther, Sustainability Chairman Polyparts, yang menekankan kepentingan amalan Reduce, Reuse and Recycle (3R) serta penglibatan semua warga Polyparts dalam menjaga alam sekitar.
Seramai 9 orang pekerja telah mengambil bahagian dalam program pertama ini dan sebanyak 51.6 kg bahan kitar semula berjaya dikumpulkan, merangkumi kategori kertas, plastik serta metal/aluminium. Bahan kitar semula yang dikumpulkan kemudiannya dihantar kepada E-Idaman untuk tujuan collection dan pengurusan kitar semula selanjutnya.
Program ini merupakan satu langkah awal dalam membudayakan amalan kitar semula dan menyokong pelaksanaan Environmental Management System (EMS) di Polyparts. Diharapkan lebih ramai pekerja akan menyertai program ini pada masa akan datang.
Polyparts merakamkan penghargaan kepada semua peserta serta Ms. Esther atas sokongan dan penyampaian hadiah kepada para peserta.
Together, we can make a difference.
Kitar semula hari ini, warisan untuk esok.
Kita Kitar, Kita Jaga Masa Depan.













